Perak Hari Ini

Hina Nabi Muhammad, Suri Rumah Dipenjara 6 Bulan Dan Denda RM15,000

IPOH:Gara-gara mengucapkan kata-kata menghina Nabi Muhammad di kawasan sebuah masjid pada Mei 2016,suri rumah dihukum penjara enam bulan  dan denda sebanyak RM15,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mahkamah bagaimanapun memberi penangguhan bagi hukuman penjara ke atas tertuduh Tham Yut Mooi, 46, namun perlu menjelaskan denda tersebut dan jika gagal dia berdepan hukuman penjara selama sembilan bulan bagi kesemua tiga pertuduhan.

Terdahulu, Tham Yut Mooi, dituduh melakukan kesalahan itu kira-kira jam 5.30 petang, 4 Mei 2016 di Masjid Abu Ubaidah, Taman Perpaduan Tambun dengan mengucapkan kata-kata menghina Nabi Muhammad.

Sementara itu tertuduh turut berhadapan dengan dua lagi pertuduhan tambahan pertama dan tambahan kedua yang dikemukan pihak pendakwaan berdasarkan keterangan saksi Tham Yut Mooi telah mengucapkan perkataan cacian terhadap Nabi Muhammad pada tarikh dan waktu yang sama 4 Mei 2016 yang lalu.

Tertuduh yang diwakili peguamnya Chiang Woei Chien, turut merayu agar hukuman dan denda diringankan berikutan Tham Yut Mooi merupakan suri rumah dan mempunyai dua anak berusia 7 dan 12 tahun.

Bagaimana berdasarkan keterangan saksi serta mengambil kira pendakwaan serta keraguan munasabah Majistret Siti Hanum Mohmad Sah menetapkan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas tiga-tiga tuduhan dan telah disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum setahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab di hadapan Majistret, Siti Hanum Mohmad Sah yang meminta agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal bagi memberi kesedaran kepada dirinya juga orang awam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");