Membawang Hari Ini

Sweetnya Tun M, Tunai Janji Bawa Hasmah Tonton Wayang

SHAH ALAM – Semalam janji Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membawa isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pergi ‘dating’ menonton wayang bersama ditunaikan.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Mahathir berkongsi momen ‘sweet’ itu bersama pelayar media sosial berkenaan.

 “Mencari ilham untuk melawan ‘Dark Forces’, kongsinya yang merujuk watak dalam filem Star Wars, watak berkenaan dirujuk sebagai mengguna kuasa kejahatan untuk mengambil alih dan memerintah galaksi.

Terdahulu Mahathir dan Siti Hasmah meluang masa bersama menonton filem blokbuster Star Wars: The Last Jedi di Kuala Lumpur City Center (KLCC).

Kehadiran pasangan itu di panggung wayang berkenaan ternyata menarik perhatian rakyat yang turut mengambil kesempatan bergambar bersama mereka berdua.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");