Berita Hari Ini

Israel Lanjutkan Penahanan Tiga Wanita Sekeluarga

TEL AVIV: Mahkamah Israel semalam melanjutkan tempoh penahanan tiga wanita Palestin yang ditangkap selepas video mereka menyerang tentera rejim Zionis di Tebing Barat menjadi viral.

Polis Israel berkata, mahkamah tentera Ofer mengarahkan Ahed Tamimi, 17; ibunya, Nariman Tamimi, 43 dan sepupu remaja itu, Nour Naji Tamimi, 21, kekal dalam tahanan hingga Khamis ini.

Ketiga-tiga wanita berkenaan ada dalam video yang menjadi viral selepas ia dirakamkan pada 15 Disember lalu di kampung Nabi Saleh di Tebing Barat, berhampiran Ramallah.

Rakaman menunjukkan Nour dan Ahed menghampiri dua tentera Israel sebelum menolak, menendang dan menampar mereka sambil merakamkan kejadian itu menerusi telefon bimbit.

Anggota tentera tidak membalas dan bergerak ke belakang selepas ibu Ahed, Nariman turut masuk campur.

Keluarga Tamimi kerap berada di hadapan dalam bantahan di Nabi Saleh menentang pencerobohan Israel di Tebing Barat.

Mereka berkata, seorang anggota keluarga ditembak di kepala dengan peluru getah ketika bantahan pada 15 Disember lalu.

Pengguna media sosial mengkritik penangkapan Ahed pada tengah malam, menegaskan penduduk Palestin berhak menentang pencerobohan tentera. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");