Berita Hari Ini

Isu Baitulmuqaddis: Indonesia Panggil Duta Besar AS

BANTEN – INDONESIA. Menteri Luar Negeri Indonesia, Retno Marsudi sekali lagi memanggil Duta Besar Amerika Syarikat (AS), Joseph Donovan, untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Agensi berita Antara melaporkan, jurucakap Kementerian Luar, Arrmanatha Nasir berkata, Duta Besar Donovan dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai laporan diterbitkan di laman web kedutaan itu, yang mengatakan AS telah berunding dengan pelbagai pihak, termasuk Indonesia, sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pengiktirafan tersebut.

Retno di luar Forum Demokrasi Bali (BDF) ke-10 berkata, tiada sebarang rundingan antara Indonesia dan AS mengenai perkara itu.

“Saya ingin tegaskan bahawa rundingan itu tidak pernah diadakan. Apa yang berlaku ialah Indonesia memanggil Duta Besar untuk menyampaikan pendirian kami untuk disampaikan kepada kerajaannya,” katanya memetik sumber Bernama.

Pendirian teguh Indonesia, ialah membantah dan mengutuk tindakan AS memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis, secara tidak langsung mengiktiraf bandar suci itu sebagai ibu negara Israel.

Indonesia menegaskan tindakan sedemikian melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu dan akan menjejaskan proses damai Palestin-Israel.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");