Membawang Hari Ini

Janna Nick Luah Rasa Kecewa, Privasi Bilik Persalinan Diganggu

KUALA LUMPUR: “Saya bukan minta layanan istimewa, cukup kalau hormat privasi saya sebagai wanita dan pelanggan”.

Demikian luahan pelakon tanah air,  Janna Nick berkenaan sikap pekerja lelaki di satu butik berjenama di ibu negara.

Menerusi laporan Harian Metro, Janna atau Nurul Jannah Muner, 22, menganggap tindakan pekerja itu telah mengganggu privasinya ketika berada di dalam bilik persalinan.

Perasaan terkilan itu diluahkan Janna menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram (IG Stories) miliknya, Isnin lalu.

Katanya, cara dan sikap mereka tidak beradab seolah berada dalam tandas.

“Saya tiada masalah kalau mereka ingin bertegur sapa tetapi bukan dengan cara terjerit-jerit.

“Apa yang mereka jeritkan ‘kak Janna, kak Janna, lamanya Kak Janna Nick tukar baju’ bagi saya tidak sopan,” katanya kepada Harian Metro.

Janna berkata, dia tidak kisah orang tahu kehadirannya di premis itu cuma hairan mengapa perlu bersikap begitu.

“Ada banyak cara lain boleh dilakukan. Saya bukan inginkan layanan istimewa sebaliknya cukup sekadar menghormati privasi sebagai wanita dan pelanggan.

“Pembantu peribadi saya ada bertanya pengurus dan pekerja lain di situ untuk bertemu pekerja terbabit tetapi mereka mengelak.

“Pengurus bertugas meminta maaf bagi pihak pekerjanya,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");