Panasnya Hari Ini

Kukuhkan Jati Diri Anggota Parti: UMNO Perak Lebih Siap Siaga Hadapi PRU Akan Datang.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr.Zambry Abdul Kadir menganggap bahawa aspek mengukuhkan parti menjadi tunjang dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2017).

Atas dasar itu jelas, cadangan mengenai dua jawatan utama dalam parti tidak dipertandingkan diusul oleh ahli dan ia bukan atas kemahuan serta permintaan kepimpinan tertinggi UMNO.

“Antara langkah untuk memperbaiki parti dari dalam mengenai dua jawatan utama dalam parti tidak dipertandingkan.

“Tetapi saya nak sebut disini, cadangan ini datangnya daripada ahli, bukan datang dari kepimpinan.

Tambah Zambry, PAU 2017 turut menyaksikan UMNO memberi tumpuan yang penuh kepada aspek pilihan raya yang akan datang dan menjadi keutamaan bagi seluruh bahagian membuat persiapan rapi.

Jelasnya,  Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah memperingatkan anggota bahawa PRU semakin dekat dan keutamaan serta fokus untuk ke arah kemenangan perlu diberikan.

“Pemikiran “winning mentality” sangat penting kerana ia akan menjadi asas apabila kita masuk ke medan perang pilihan raya yang akan diadakan nanti.” katanya.

Dalam perkembangan lain, bagi Perak menurut Zambry, kepimpinan negeri disaran tidak terlalu selesa dengan sokongan yang rakyat berikan.

Sebaliknya, jelas beliau, kepimpinan di semua peringkat perlu terus-menerus bekerja dan turun ke akar umbi bagi memastikan kemenangan besar.

“Janganlah kita selesa di Perak dan seolah-olah tidak perlu membuat kerja, sukar ataupun selesa saya mahu semua pihak terus bekerja

“Dalam sebuah perjuangan kita kena sentiasa memberikan perhatian terhadap persiapan-persiapan kita dan memperingatkan diri kita sentiasa bersiap sedia dan jangan berada di ruang yang selesa,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");