Jenayah

Lelaki Warga Sri Lanka Mengaku Salah Cubaan Ambil Alih Kawalan Pesawat MH128

MELBOURNE: Seorang lelaki warga Sri Lanka yang didakwa cuba menceroboh masuk kokpit dan mengambil alih kawalan sebuah pesawat penerbangan Malaysia Airlines pada 31 Mei lalu mengaku bersalah atas tuduhan itu di Mahkamah Majistret Melbourne pada Jumaat.

Menurut laporan The Age, Manodh Marks, 25 tahun, mengaku mengancam kru bertugas untuk meletupkan pesawat jika permintaannya untuk masuk ke dalam kokpit tidak dipenuhi.

Marks juga didakwa menyerang seorang pramugari sebelum mengarahkan pesawat MH128 yang dalam perjalanan dari Melbourne ke Kuala Lumpur itu berpatah balik sejurus berlepas.

Namun, tindakan berani penumpang dan kru pesawat berjaya merebahkan Marks dan keadaan terkawal sehinggalah pesawat yang membawa 337 penumpang dan kru itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Tullamarine.

The Age dalam pada itu melaporkan Marks bersetuju dengan tawaran pihak pendakwa untuk mengaku salah terhadap satu pertuduhan mengambil alih kawalan pesawat.

Dia berdepan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun.

Marks dilapor baru saja keluar dari hospital psikiatri sebelum menaiki pesawat itu pada hari kejadian lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");