Isu Panas

PRU Dijangka Dalam Tempoh 150 Hari Lagi

KUALA LUMPUR – Rakyat dinasihatkan agar peka kerana PRU14 dijangka akan tiba dalam masa terdekat.

Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar menjangkakan bahawa PRU14 akan tiba dalam masa 100 hingga 150 hari.

“Dalam tempoh 100 hingga 150 hari lagi Parlimen akan dibubarkan dan PRU14 akan muncul.

“PRU ini adalah tanda besar dalam negara. Adakah kita akan buat perubahan besar atau nak teruskan di bawah rejim Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya ketika Ceramah Peduli Rakyat Parlimen Kelana Jaya, pada Sabtu lapor Sinar Harian.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Andalas turut yakin bahawa Pakatan Harapan boleh bawa perubahan untuk PRU14 nanti.

“Dalam Harapan, walaupun ada dua parti yang masih baru iaitu Bersatu dan Amanah tapi mereka terdiri daripada pemimpin yang dikenali.

“Siapa tak kenal Tun Dr Mahathir Mohamad? Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir?

“Dalam pada itu, kita juga ada Mohamad Sabu, Siti Mariah Mahmud dan juga Khalid Samad, semua itu nama yang dikenali,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");