Berita Hari Ini

Malaysia Akan Suarakan Bantahan Di PBB – Najib Razak

Maldives: Malaysia akan menyuarakan pendirian tegasnya menolak pengisytiharan Amerika Syarikat berhubung isu Baitulmuqaddis di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia menyokong usul Mesir yang menolak keputusan Amerika Syarikat yang mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Beliau menjelaskan walaupun Negara kita bukan anggota Majlis Keselamatan PBB tetapi sebagai anggota PBB kita berhak untuk menunjukkan pendirian kita dan Perdana Menteri telah tegas bahawa isu ini adalah bertentangan dengan resolusi Majlis Keselamatan sebelum ini.

“Ia juga merupakan sesuatu yang tidak boleh diputuskan secara unilateral, hanya melalui rundingan sahaja sebab hak rakyat Palestin tidak boleh diketepikan,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Velana, Hulhule pada Rabu.

Perdana Menteri berada di Maldives untuk lawatan rasmi dua hari yang berakhir semalam.

Dalam pada itu, mengenai Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Masjid Putra, Putrajaya pada Jumaat ini, Najib berkata bahawa beliau menerima undangan untuk menghadir ke perhimpunan itu bersama rakyat Malaysia

“Saya terima undangan itu sebab saya nak tunjuk dalam isu ini, ia tidak terhad kepada kerajaan sahaja tapi seluruh masyarakat Islam Malaysia ingin menunjukkan bantahan kita terhadap pengisytiharan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel,” kata Najib.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");