Jenayah

Mangsa Banjir Di Perak Berkurang

SERI MANJUNG: Bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini dilaporkan menurun kepada 77 orang daripada 23 keluarga, setakat jam 9 pagi ini.

Ia menunjukkan penurunan berbanding 115 orang daripada 32 keluarga pada jam 12 tengah malam tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, berkata dua PPS yang masih dibuka di daerah Manjung kekal, namun bilangan mangsa menunjukkan penurunan.

Katanya, PPS itu ialah di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Tebuk Yan, Pantai Remis menempatkan 40 daripada 10 keluarga dan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Batu, Pantai Remis, menempatkan 37 orang daripada 13 keluarga.

“Di SAR Tebuk Yan, jumlah mangsa masih kekal seperti tengah malam tadi manakala di SK Sungai Batu berkurang, selepas 45 mangsa sudah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing,” katanya memetik laporan Berita harian.

Beliau berkata, keadaan banjir di daerah Manjung juga semakin pulih berikutan panas terik pagi ini dan mangsa mungkin dibenarkan pulang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");