Jenayah

Nelayan Maut Motorsikal Di Rempuh Van

KEPALA BATAS: Seorang nelayan maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan, sebelum bertembung dengan van kilang di Jalan Kampung Permatang Keriang, Penaga di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.50 pagi, Mohd Suffian Zulkamal, 30, yang menunggang motosikal berseorangan dikatakan gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata motosikal mangsa kemudian dirempuh van kilang dipandu lelaki berusia 36 tahun yang dalam perjalanan mengambil pekerja.

“Akibat rempuhan itu, mangsa terpelanting dan jatuh dari motosikalnya.

“Mangsa yang cedera di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu van itu pula cedera di kaki,” katanya menerusi laporan BH Online.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");