Berita Hari Ini

Ulang Tahun Diplomatik Ke-60: Najib Mulakan Lawatan Rasmi Di Sri Lanka

COLOMBO: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike dekat sini dengan pesawat khas pada kira-kira pukul 8.40 pagi waktu tempatan.
Ketibaan Najib untuk lawatan rasmi selama tiga hari di negara ini disambut oleh Menteri Luar yang juga Menteri Tugas-tugas Pembangunan Sri Lanka, Tilak Marapana.
Beliau kemudian ke hotel penginapan dan disambut oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican;?para pegawai serta kakitangan pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka.
Turut mengiringi Perdana Menteri ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Menerusi laporan Utusan Online, Najib dijadualkan menghadiri upacara sambutan rasmi oleh Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena., pada esok.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Najib ke Sri Lanka sempena ulang tahun diplomatik ke-60 kedua-dua negara pada tahun ini.
Ia juga merupakan lawatan timbal balas kepada lawatan Sirisena ke Malaysia, Disember tahun lepas.
Perdana Menteri turut dijadualkan mengadakan pertemuan empat mata dengan Sirisena bagi membincangkan pelbagai isu termasuk perjanjian perdagangan bebas (FTA).
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");