Perak Hari Ini

Padah Beri Rasuah RM90, Didenda RM10,000

IPOH:SEORANG lelaki dihukum penjara tujuh hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini selepas didapati bersalah memberi suapan sebanyak RM90 kepada seorang pegawai imigresen di Pengkalan Hulu pada Mac lalu.

Lim Choon Chuan, 36, telah mengubah pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan memberi rasuah kepada Pegawai Imigresen, Mohd Hamizan Mohamad Azlan membabitkan suapan wang tunai RM90 jam 7.25 malam pada 17 Mac lalu di Kaunter Kereta Keluar 1, Pejabat Imigresen Pengkalan Hulu.

Pada 27 November lalu, dia didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan mengaku tidak bersalah sebelum dibenarkan ikat jamin RM10,000.

Bagaimanapun, Choon Chuan yang diwakili peguam Khong Jia Luo pada hari ini telah menukar pengakuan kepada bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dalam sebutan semula kesnya.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, R Kumuthambal Pendakwa dihadapan Hakim S Indra Nehru.

Pihak tertuduh kemudian mengemukakan representasi bagi membuat rundingan pengakuan bersalah mengikut Seksyen 172 (C) Kanun Tatacara Jenayah.

Indra Nehru turut memerintahkan tertuduh dipenjara tujuh hari terhadap tertuduh dan denda RM10,000 selain penjara sebulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh menyogok RM90 kepada pegawai terbabit dimana wang itu sebagai dorongan membenarkan tertuduh bersama tiga individu lain termasuk seorang lelaki yang disekat keluar negara kerana muflis dan seorang wanita warga Vietnam yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");