Jenayah

Pasangan Suami Isteri Seleweng Wang Umrah

KUANTAN: Sepasang suami isteri didakwa terbabit dalam kes penyelewengan wang umrah di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohd Pirus Yusof Khan, 47, didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat KRS Travel Sdn Bhd, di antara September hingga November lalu, manakala isterinya, Nur Sureena Intachat Abdullah, 43, didakwa bersubahat melakukan kesalahan itu di lokasi dan masa yang sama.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Fatinah Abu Bakar.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang diamanahkan sebagai ejen di KRS Travel Sdn Bhd Cawangan Kuantan menyelewang wang umrah berjumlah RM40,380 milik Ramli Hamid, 62.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama memetik sumber Berita Harian.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun atau tidak lebih 20 tahun dengan sebatan.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM10,000 setiap seorang dan tarikh sebutan semula kes pada 9 Januari depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");