Perak Hari Ini

PEKA Akan Perluaskan Program eRezeki Ke Seluruh Negeri Mulai Tahun Hadapan

GOPENG: Pusat eRezeki Ipoh, dengan kerjasama Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) hari ini telah mengadakan program Amanjaya eRezeki Bootcamp yang mana ia bertujuan memberi pendedahan kepada umum dalam mendapatkan pendapatan tambahan ataupun, menjana pendapatan penuh melalui platform digital.

Ketua Pegawai Eksekutif PEKA, Ameron Zulqarnaen Yeop Rashidi, berkata program yang mendapat usahasama  Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ini bakal diperluaskan ke seluruh negeri Perak menjelang awal 2018.

“Kita akan bawa program eRezeki dan seumpama ini ke seluruh negeri dan pada 21 Januari 2018, kita akan mulakan di Langkap, seterusnya ke Teluk Intan, Tapah dan sebagainya.

“Dalam menjayakan ia, PEKA akan terus bekerjasama dengan MDEC, eRezeki dan agensi-agensi lain.

“Dan kita juga berharap ianya akan mencetuskan minat kepada masyarakat untuk merebut peluang yang luas ini dalam mendapatkan pendapatan tambahan,” katanya.

Tambahnya, ia merupakan salah satu inisiatif berterusan PEKA, yang seiring dengan saranan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, yang mahu anak-anak Perak bekerja, tanpa perlu merantau atau keluar dari negeri.

Katanya lagi, pada 2017, PEKA telah berjaya menempatkan lebih 11 ribu peluang pekerjaan kepada peserta-peserta yang berdaftar dibawah program-progam agensi berkenaan.

Sementara itu,  wakil MDEC merangkap Ahli Jawatankuasa eRezeki, Quezaimah Zainudin yang ditemui berkata, mereka akan memperluaskan kempen kesedaran dan pendedahan khusus kepada rakyat Perak terhadap penjanaan pendapatan menerusi platform antarabangsa.

“Platfrom antarabangsa ini luas yang mana menerusi projek perintis yang dijalankan, kami dapati golongan B40 yang menyertainya berubah menjadi N40.

“Hal kerana ada antara mereka berjaya menjana pendapatan berpuluh ribu ringgit sebulan, hanya kerana bekerja di atas talian.

“Sesuai dengan saranan Menteri Besar,kita hendak mewujudkan suasana warga Perak yang tinggal di sini, tetapi bekerja menggunakan platform antarabangsa, yang mana masih ramai masyarakat kita tidak sedar akan kewujudanya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program berkenaan di RTC Gopeng, dekat sini, hari ini.

Turut hadir merasmikan, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");