Perak Hari Ini

Yayasan Perak Agih 8,000 Beg Sekolah

SELAMA: Yayasan Perak mengagihkan sejumlah 8,000 buah beg sekolah kepada murid dari keluarga yang kurang berkemampuan seluruh Negeri Perak.

Adun Selama merangkap Pengerusi Yayasan Perak Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff berkata sumbangan tersebut diberikan kepada setiap Adun di kawasan masing-masing.

Program agihan yang bermula pada 4 Disember sehingg 22 Disember ini turut menyaksikan pemberian tambahan kepada setiap Adun sebanyak 150 buah beg sekolah.

“Ini merupakan bantuan kepada penerima terpilih bagi meringankan beban kos sara hidup mereka dalam menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak yang telah diilhamkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir,”katanya kepada media di program Back to School Dun Selama 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Haji Hussien di sini hari ini.

Beliau turut menyampaikan pemberian beg sekolah di dua lokasi di Dun Selama iaitu SJKC Chi Seng 1 dan SMK Sungai Bayor.

“Dun Selama tidak terkecuali menerima pemberian di tiga program antara lain bagi menampung kos sara hidup rakyat.

“Pemberian ini diberikan kepada mereka yang terpilih jika keluarga itu mempunyai lima orang anak pastinya dapat menjimatkan RM200 bagi menampung pembelanjaan persekolahan kelak.

“Yayasan Perak diberi amanah dalam menjalankan tugas mulia dan setakat ini sebanyak 80 peratus agihan telah diselesaikan mengikut dun masing-masing,” katanya.

Katanya lagi, pihak Yayasan Perak untuk berkerjasama dengan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan bagi agihan kelengkapan persekolahan.

Terdahulu murid tahun satu dari 15 sekolah di Dun Selama menerima bantuan antaranya Sekolah Kebangsaa Selama, Sekolah Rendah Kebangsaan Rantau Panjang dan Sekolah Rendah Kebangsaan Ulu Mengkuang.

Turut disampaikan Derma siswa kepada 35 orang pelajar yang kurang berkemampuan di daerah ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");