Membawang Hari Ini

Pengarah X-Men Didakwa Cabul Remaja Lelaki

NEW YORK: Pengarah empat siri filem X-Men, Bryan Singer, dituduh menyerang secara seksual seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada 2003.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan di Seattle, Singer dituduh menyerang secara seksual Cesar Sanchez-Guzman, ketika majlis di atas kapal layar milik seorang rakan pengarah itu.

Menurut laporan BH Online menerusi AFP, Singer menawarkan diri membawa remaja itu melawat kapal berkenaan, membawa mangsa masuk ke dalam bilik dan mendesak Cesar melakukan seks oral ke atasnya.

Apabila remaja itu menolak, Singer memaksa beliau melakukan seks oral dan liwat.

Selepas kejadian itu, Singer memberitahu mangsa yang beliau adalah penerbit Hollywood dan dapat membantu remaja itu menjadi pelakon, dengan syarat remaja itu merahsiakan kejadian berkenaan.

Singer memberitahu Cesar, tiada siapa akan mempercayainya jika melaporkan kejadian itu, malah berupaya mengupah seseorang yang mampu menjejaskan reputasi orang lain.

Dalam kenyataan yang disiarkan peguam Singer kepada media hiburan Amerika Syarikat, pengarah terbabit menafikan dakwaan itu dan akan menentang saman itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");