Jenayah

Perancang Perkahwinan Dituduh Tipu Pelanggan

JOHOR BAHRU: Pemilik syarikat perancang perkahwinan ‘Zurin Jundi’ sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menipu seorang pelanggannya hingga kerugian RM5,000, Mac lepas.

Bagaimanapun, Zurina Ahmad Zundi, 34, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Mengikut pertuduhan, Zurina didakwa memperdayakan Erhana Nur Asyariqah Saidon, 25, dengan menawarkan pakej perkahwinan murah yang kemudian dengan curangnya mendorong mangsa memasukkan wang tunai berjumlah RM5,00 ke dalam akaun CIMB milik tertuduh.

Menurut Bernama, kesalahan itu dilakukannya di sebuah rumah di Jalan Jasa 7, Taman Mutiara Rini, Skudai di sini pada Mac lepas.

Zurina didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 terhadap tertuduh.

Zurina, yang tidak diwakili peguam, merayu supaya jumlah tersebut dikurangkan dengan alasan dia baru sahaja membayar wang jaminan bagi kes lain dan sedang berusaha untuk menjual barangan perniagaan bagi melangsaikan hutang para pelanggannya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan 10 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 20 Nov lepas, Zurina dituduh memperdayakan seorang wanita hingga mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM8,500 sebagai bayaran pendahuluan bagi kos upah pakej perkahwinannya yang berlangsung pada 16 Sept lepas.

Zurina bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu dan dikenakan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");