Jenayah

Polis Nafi Ada Kes Pukul Remaja Hingga Mati Di Tangkak

TANGKAK – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak menafikan kes pukul hingga mati remaja berusia 16 tahun yang tular di laman sosial Facebook sejak minggu lalu berlaku di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, kes berkenaan terjadi di Melaka Tengah dan polis Melaka kini masih menjalankan siasatan berhubung punca kematian remaja tersebut memetik sumber Sinar Harian.

Terdahulu, tiga video berdurasi kira-kira empat minit itu menunjukkan seorang remaja lelaki dipukul dan dihukum bapa saudaranya selepas dipercayai mencuri wang milik datuknya.

Bagaimanapun, kapsyen video mengatakan remaja terbabit merupakan penduduk Tangkak itu menyebabkan rata-rata netizen mendakwa kes tersebut berlaku di daerah ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");