Perak Hari Ini

Tidak Harap Pemimpin Parti: Pembangkang Mahu Selebriti Bersuara

IPOH:Pengarah Pilihan Raya Harapan Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, mengesyorkan lebih ramai selebriti tempatan untuk tampil menyuarakan tekanan hidup di alami mereka.

Katanya yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Amanah Perak, para selebriti seluruh Malaysia disaran untuk tampil menyuarakan pendapat mereka dan menyeru supaya rakyat berubah dalam usaha menukar tampuk pimpinan negara.

“Sheila Majid ‘the queen of jazz’, turut menghadapi tekanan hidup apatah lagi rakyat pastinya jauh lagi tertekan jadi saya mengesyorkan artis di negeri ini bangun menyatakan suara mereka bersama rakyat malah selebriti seluruh Malaysia perlu bangun nyatakan kami juga tertekan di bawah pemerintan Najib dan mintak rakyat berubah,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming pula tampil memuji tindakan Sheila Majid menerusi satu ‘posting’ di laman Twitter baru-baru ini yang disifatkan sebagai tindakan berani bersuara untuk rakyat.

“Dia telah dikutuk sekerasnya puak UMNO, ramai lagi artis terkenal tampil kehadapan dan bersuara kerana negara kita milik kita semua

“Selain Shiela Majid, Adibah Noor dan Nur Fathia Latiff akan ada ramai lagi selebriti akan keluar untuk bersuara,” katanya.

Nga turut mengkritik kemunculan selebriti Azwan Ali pada perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini juga sebagai satu tindakan memperalatkan ahli keluarga pihak pembangkang.

“Perhimpunan Agong UMNO watak utama bukanya Perdana Menteri tetapi Azwan Ali yang menjadi watak utama perhimpunan itu ..UMNO dalam keadaan yang nazak dan kerana itu mereka terpaksa memperalatkan ahli keluarga pemimpin Pakatan Harapan,” katanya.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");