Berita Hari Ini

‘Pray For Cikgu Azizan’: Tiada Halangan Guru Berhimpun

KUALA LUMPUR:  Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid tidak menghalang mana-mana guru untuk berhimpun menyatakan sokongan kepada sahabat mereka yang sedang menghadapi kes mahkamah.

Menerusi laporan MalaysiaGazette, meskipun tidak menyatakan secara terbuka, namun dipercayai ia merujuk kepada kes Cikgu Azizan, seorang guru Hal Ehwal Murid Sekolah Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan yang menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana memukul seorang pelajar.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dihukum penjara setahun, denda atau kedua-dua sekali.

“Saya tiada halangan sekiranya warga guru ingin berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada rakan mereka yang terlibat dalam kes mahkamah.

“Setiap individu mempunyai hak tersendiri untuk menyatakan sokongan terhadap rakan mereka sendiri dan isu kehadiran di mahkamah ini adalah hak peribadi masing-masing.

“Kalau jadi pada rakan kita, kita akan hadir juga untuk beri sokongan, begitu juga warga guru ini,” tulisnya menerusi laman Facebook beliau.

Keputusan Khalid disambut netizen yang menganggap beliau adalah seorang menteri yang terbuka dan sporting.

Dalam pada itu, ramai yang bertanya bilakah Akta Perlindungan Guru akan diwujudkan bagi menjaga kebajikan guru-guru di zaman yang mencabar ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");