Jenayah

Remaja 13 Tahun Diperkosa Ketika Tidur

KLANG: Seorang remaja perempuan terpaksa berdepan detik hitam selepas diperkosa ketika sedang tidur di rumahnya di Pulau Indah, di sini semalam.

Menerusi laporan Sinar Online, mangsa yang berusia 13 tahun itu hanya memaklumkan kejadian terbabit kepada ibunya selepas kejadian kira-kira jam 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa dalam keadaan menangis ketakutan memberitahu ibunya telah diperkosa oleh suspek yang berpenutup muka dan diacu pisau oleh suspek supaya tidak menjerit.

Menurutnya, ibu mangsa kemudian membawa anaknya itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa diperkosa dan satu laporan polis dibuat.

“Siasatan mendapati, suspek telah masuk melalui pintu utama rumah berikutan tombol pintu rumah rosak dan boleh dibuka dari luar selain grill pintu yang tidak dikunci,” katanya.

Shamsul Amar berkata, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 12.10 tengah malam tadi, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan membuat serbuan di sebuah rumah di Pulau Indah.

Tambahnya, seorang lelaki berusia 22 tahun yang memiliki tiga rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah telah ditahan.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah.

“Suspek kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");