Membawang Hari Ini

Andi Bernadee Dakwa Diganggu Penyanyi Popular, Terima Mesej Lucah

TAIPEI: Andi Bernadee, bakat baharu dari Sabah yang viral selepas menyanyikan semula lagu Tak Tun Tuang nyanyian asal Upiak Isil secara parodi, mendedahkan sering diganggu kiriman mesej berbaur lucah daripada seorang penyanyi popular.

Menerusi laporan BH Online, pemuda berusia 26 tahun itu mendakwa boleh dikatakan saban hari mendapat komen dan mesej daripada penyanyi terbabit di laman sosial Instagram.

“Hampir sebulan juga saya diganggu olehnya. Setiap kali saya memuat naik ‘Insta Story’, dia antara orang terawal memberikan komen yang agak keterlaluan.

“Pada awalnya, saya sangkakan ia hanyalah gurauan. Bagaimanapun, semakin hari semakin menjadi-jadi pula sikap gatalnya.

“Saya jujurnya berharap semua itu hanyalah gurauan dan jauh sekali hendak melayan nafsunya. Saya harap penyanyi terbabit sedar, tindakannya itu hanya akan mengundang tanggapan buruk kepadanya sendiri,” kata Andi yang mula melangkah ke persada seni menerusi lagu, Tiada Lagi Maaf, awal tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu mengikuti program promosi percutian halal di Taiwan bersama penyanyi, Hafiz Hamidun dan Bella Nazari.

Menurut pemuda kelahiran Kota Kinabalu ini, biarpun begitu hijau di arena hiburan, beliau bersyukur dapat berfikir dengan waras.

“Saya anggap semua itu sebagai dugaan kecil, agar diri ini tidak hanyut dengan permainan duniawi.

“Sebagai penyanyi yang baru hendak mengatur langkah, masih jauh lagi perjalanan seni harus saya tempuhi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");