Isu Panas

Sabotaj Bukan Hal Main-Main, Presiden Perlu Tegas

SHAH ALAM – Isu sabotaj dalam Umno seakan-akan sudah sebati dalam sesetengah pempimpin mahupun ahli parti itu.

Sejak dahulu lagi, kekalahan parti itu tidak disebabkan hal lain, sebaliknya ahlinya sendiri yang tidak pernah mahu berubah.

Jika dilihat Umno ataupun BN, track record menjelaskan mereka berjaya dalam segi pentadbiran negeri.

Namun, dek kerana segelintir ahli mahupun pemimpin yang berdegil dan mengamalkan perkara lama ini, ia menjadi nanah busuk buat Umno.

Mungkin sudah tiba masanya, kepimpinan tertinggi Umno tidak lagi sekadar memberi teguran mahupun amaran.

Lebih molek tindakan tegas diberikan kepada mereka yang dalam diam membuat onar di dalam parti itu.

Hal ini turut dipersetujui oleh Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Univeriti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib.

Beliau berpendapat, isu sabotaj dalam parti perlu diberi penekanan oleh presidennya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak perlu lebih tegas terhadap mana-mana ahli yang masih mengamalkan sikap sebegini dalam parti.

“Amat merisaukan kerana sudah ada kedengaran di bahagian-bahagian tertentu, usaha mensabotaj calon dan individu tertentu yang diletakkan Presiden pada PRU14 demi memastikan kedudukan segelintir pemimpin di bahagian untuk kekal.

“Jadi ini perlu mendapat perhatian dan tindakan serius Najib dan kepimpinan utama Umno,” katanya memetik sumber laporan Sinar Online.

Beliau berkata, isu sabotaj bukan soal main-main yang perlu diselindung.

“Ini soal keselamatan dan kestabilan kerajaan yang dipimpin Umno.

“Unsur dan potensi sabotaj perlu dihadapi secara serius. Tanpa sabotaj ramai yang yakin Umno akan lebih cemerlang pada PRU14 kali ini,” katanya.

Beliau menambah, selaku presiden, Najib perlu tegas dan berusaha agar elemen sabotaj pihak tertentu akan kemenangan Umno dalam pilihan raya umum ini tidak berjaya.

Dalam pada itu, Md Shukri berkata, Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU 2017) merupakan platform utama bagi menegaskan kepada pemimpin Bahagian seluruh negara supaya taat setia pada Presiden tanpa ada unsur terselindung untuk melemahkan Umno secara negatif.

“Presiden dan ahli Umno seluruhnya perlu memperkukuhkan perancangan dan persediaan terhadap jangkaan cabaran masa hadapan untuk kita pertahankan kemenangan Umno.

“Saya berpandangan, PAU 2017 perlu berfokus kepada soal memperteguhkan lagi kemenangan Umno dan BN dalam PRU14.

“Umno perlu terus perteguhkan parti menjadi agen pembela bangsa Melayu dan Islam serta membawa dimensi juara kebajikan kepada masyarakat,” jelasnya.

Beliau berkata, PAU 2017 bukan tempat untuk mencemuh parti lain sebaliknya ia harus digunakapakai untuk memantapkan jentera pilihan raya.

“Adalah lebih baik, dan perpaduan sesama tokoh dan ahli parti perlu dijadikan modal utama perbahasan.

“Tidak perlu pun Umno calarkan imej yang ada dengan mengikut gaya kepembangkangan yang hanya menawarkan cemuhan, isu dan keaiban kepada pihak lawan, tapi tumpu pada soal ‘menyekolahkan’ pemimpin Umno Bahagian dan akar umbi supaya perpaduan sesama sendiri itu wujud dan setia pada keputusan Umno pusat,” katanya.

Beliau menambah, dengan cara ini ia akan menjadikan Umno kuat secara semulajadi tanpa perlu mengutuk pembangkang.

“Jentera Umno kuat dan ada kelebihan sebenarnya, cuma tidak cukup dioptimumkan gerak kerjanya sahaja,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");