Jenayah

Salur Dana Kepada Daesh Menerusi Bitcoin

NEW YORK: Seorang juruteknik di hospital pinggir bandar dekat sini didakwa menggunakan mata wang digital kripto termasuk bitcoin untuk menaja kumpulan militan Daesh, dan ditangkap atas dakwaan pengubahan wang haram kerana menyokong organisasi pengganas asing dan penipuan bank, kata pendakwa raya, semalam.

Memetik laporan BH Online, menerusi Reuters, pendakwa raya persekutuan Suffolk County dalam kertas pertuduhan mendakwa Zoobia Shahnaz, 27, menggunakan kad kreditnya dan penipuan pinjaman berjumlah AS$85,000 (RM346,757) sebagai cubaan memindahkannya kepada kumpulan Daesh sebelum pergi ke Syria untuk menyertai kumpulan itu.

Katanya, selepas melancong ke Jordan untuk bekerja dengan Persatuan Perubatan Amerika Syria, Shahnaz kembali semula ke AS dan memohon enam kad kredit yang digunakannya untuk membeli bitcoin dan beberapa lagi mata wang kripto lain.

Shahnaz yang tinggal di Brentwood, Long Island diperintahkan ditahan sejurus hadir untuk berjumpa dengan hakim persekutuan pada lewat petang semalam.

Sementara itu, peguam Shahnaz, Steve Zissou enggan mengulas lanjut mengenai kes itu.

Pendakwa berkata, selepas dia meminjam kira-kira AS$85,000 dengan kad kredit dan pinjaman yang ditipunya serta mengeluarkan lagi sebanyak AS$22,000 (RM89,749) daripada akaun bank dengan menggunakan namanya sebelum menghantar wang itu kepada penerima di Pakistan, China dan Turki.

Setengah daripada wang itu didatangkan dalam bentuk bitcoin yang bernilai AS$63,000 (RM257,008) dan kripto yang dibelinya melalui kad kredit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");