Sukan Hari Ini

“Saya Tidak Bodoh” – Bella Nazari

TAIPEI: Penyanyi dan pelakon, Bella Nazari, hampir terjerat dengan penipuan seorang lelaki yang konon mengaku dirinya sebagai pelakon, baru-baru ini.

Bella berasa aneh apabila lelaki itu mengajaknya khawin dan menawarkan kemewahan kepadanya walaupun berkenalan dengan hanya pada masa yang singkat melalui lama Instagram.

Penyanyi lagu Oh Cintaku itu turut berkongsi perihal lelaki terbabit di laman Instagram apabila mengetahui temberang dirinya.

“Bayangkan, baru dua hari kenal di laman maya tanpa bertemu secara empat mata, dia sudah menawarkan diri nak beli barang mewah, termasuk mengajak saya bercuti ke Australia.

“Kononnya dia sanggup tanggung perbelanjaan bercuti. Mujur saya tidak bodoh menerima tawarannya.

“Lebih kronik, dia beriya-iya mengajak saya kahwin sampai dia berani menghubungi ibu saya kerana mahu menghantar rombongan meminang.

“Lucunya, saya dapat tahu dia sudah berkahwin dan mempunyai anak,” katanya yang pernah menjadi protege kepada Noraniza Idris dalam program Mentor siaran TV3, beberapa tahun lalu.

Bella yang kini berada di Taiwan bersama Hafiz Hamidun dan Andi Bernadee bagi mempromosikan percutian halal di negara ini, melakukan ‘siasatan’ latar belakang lelaki berkenaan.

“Tanpa diduga, saya didatangi mesej yang memaklumkan mereka pernah menjadi mangsa penipuan lelaki itu. Bukan orang biasa saja, artis pun hampir terkena dengannya.

“Malah, dia memang dikehendaki polis dan banyak rekod buruk kerana kes penipuan duit. Dia memang penipu besar.

“Sselama ini dia menayang kemewahan di laman sosial dengan hasil duit menipu orang,” katanya.

Bella berharap pendedahan dilakukan itu dapat membuat lebih ramai orang terutama golongan wanita, tidak terpedaya dengannya.

– BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");