Jenayah

Seorang Lagi Ditahan Atas Kes Pembunuhan

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lagi individu bersabit kes pembunuhan seorang gangster di Taman Pelangi, di sini Ahad lalu.

Tangkapan seorang lelaki yang berusia 22 tahun di bandar raya, petang semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini adalah seramai 14 individu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lebih ramai lagi individu yang akan ditahan selepas ini.

“Kejadian berlaku di antara individu (mangsa) mengenai hutang pengedaran dadah. Perkara itu dapat dipastikan setelah membuat tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki dan perempuan di Pulau Pinang, Rabu lalu,” katanya.

– UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");