Berita Hari Ini

Sering Memendam Perasaan, Punca Wanita Cenderung Alami Masalah Kesihatan Mental

KOTA BHARU: Wanita lebih cenderung mengalami masalah kesihatan mental ekoran golongan ini tidak terbuka untuk bercerita tentang kisah kehidupan mereka kepada orang lain.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, pada kebiasaannya jika menghadapi masalah golongan ini suka memendam perasaan mereka.

“Berbanding golongan lelaki yang mempunyai masa bersosial dan bertemu rakan mereka dengan bercerita di kedai kopi, manakala wanita tidak mempunyai masa seperti itu dan hanya meluangkan masa di rumah selepas pulang dari tempat kerja.

“Secara umumnya golongan wanita berusia antara 17 hingga 22 tahun mempunyai tekanan berterusan dan mereka yang paling berisiko mengalami masalah kesihatan mental,” katanya, menerusi laporan Sinar Online.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Sambutan Hari Kesedaran Kesihatan Mental dan Ambo Nak Sihat Peringkat Negeri Kelantan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Kanan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Azman Ismail dan Pengarah Hospital HRPZII, Datin Dr Selasawati Ghazali.

Ahmad Razin berkata, kesihatan mental bukan dikategorikan sebagai gila namun ia merupakan perubahan sikap jika sebelum ini seseorang itu ceria, dia akan berubah sikap dan lebih suka menyendiri, tidak bercakap dan termenung.

“Jika mengalami siptom atau masalah itu masyarakat, keluarga serta rakan perlu ambil peduli agar masalah itu tidak terus membelenggu individu yang mengalaminya.

“Kita harapkan supaya jika ada ahli keluarga yang mengalami masalah kemurungan dan dapat mengesan awal bawalah mereka segera ke hospital untuk rawatan susulan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");