Sukan Hari Ini

Tiada Layanan VIP

KUALA LUMPUR: Walaupun berstatus pemain berpengalaman, Azamuddin Akil dan Joseph Kalang Tie tidak akan menerima layanan ‘VIP’ daripada jurulatih, P Maniam, sebaliknya pengendali Selangor itu menegaskan mereka tetap perlu bekerja keras untuk mendapatkan tempat dalam pasukan.

Menerusi laporan BH Online, Maniam berkata, beliau akan berlaku adil kepada setiap pemain tanpa mengira status mereka, justeru Azamuddin dan Joseph akan dinilai sama rata dengan pemain lain.

“Pengalaman Azamuddin dan Joseph adalah kelebihan mereka berbanding pemain muda seperti K Kannan atau Syahmi Safari. Malah, salah satu sebab kami mengambil mereka adalah kerana atas faktor itu.

“Namun, ia bukan jaminan untuk Azamuddin dan Joseph pasti berada dalam kesebelasan utama. Mereka tetap perlu bersaing untuk mendapatkan tempat.

“Tiada bintang dalam pasukan Selangor, juga tidak ada layanan istimewa kepada mana-mana pemain. Pesanan ini bukan kepada Azamuddin dan Joseph saja tapi kepada semua pemain termasuk import.

“Jika mereka bagus, berdisiplin serta memberikan komitmen 100 peratus, tempat mereka adalah dalam kesebelasan utama, jika tidak mereka akan duduk di bangku simpanan,” kata Maniam.

Namun, jurulatih itu yakin sebagai pemain profesional, baik Azamuddin mahupun Joseph tidak perlu diberi peringatan sedemikian kerana pengalaman bersama pasukan lain sebelum ini sudah cukup mematangkan mereka.

“Saya sudah menilai kedua-dua pemain ini daripada pelbagai sudut. Mereka bukan saja berpengalaman malah sangat berdisiplin serta sentiasa bekerja keras.

“Saya boleh katakan mereka adalah antara aset penting pasukan Selangor musim depan kerana kami memerlukan pemain seperti Azamuddin, Joseph, Amri Yahyah dan Razman Roslan untuk membimbing pemain muda.

“Ini kerana hampir 50 peratus pemain muda akan diberi peluang dalam skuad Selangor musim depan termasuk enam yang diserap daripada skuad Piala Presiden.

“Malah, dua pemain import kami dari Indonesia, Evan Dimas Darmono dan Ilham Udin Armaiyn juga berusia bawah 23 tahun.

“Jadi, saya boleh katakan skuad Selangor musim depan adalah kombinasi pemain berpengalaman dan muda. Saya yakin formula ini akan memberi hasil lebih baik berbanding pencapaian kami musim ini,” kata Maniam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");