Berita Hari Ini

Tiada Rakyat Malaysia Dalam Gempa Bumi di Jawa

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia tercedera atau terkorban dalam bencana gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter yang melanda selatan Kepulauan Jawa, Indonesia pada Jumaat.

Gempa bumi itu dilaporkan berlaku pada 11.47 malam waktu tempatan.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, terdapat laporan kematian dan kecederaan membabitkan rakyat tempatan serta kerosakan akibat bencana itu.

Warga Malaysia yang terjejas susulan gempa bumi itu dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Ia boleh dihubungi di talian +62 215 224 947 atau +62 813 808 130 36 (selepas waktu pejabat) atau e-mel kepada [email protected]. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");