Perak Hari Ini

Warga Emas Lemas Jatuh Lombong

IPOH: Seorang lelaki warga emas 52 tahun ditemui lemas di sebuah lombong berhampiran Taman Desa Pengkalan Pasir Puteh di sini.

Menurut sumber jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata mayat lelaki berkenaan ditemui terapung pada jarak 10 meter dari tebing lombong tersebut sekitar jam 1.22 tengah hari tadi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir,” kata sumber.

Difahamkan menurut saksi, mangsa dilihat sedang berjalan menuju ke arah lombong dan tidak mengendahkan panggilan terhadapnya.

“Pihak penyelamat membuat pencarian dikawasan permukaan lombong dan tebing dan mayat ditemui setelah timbul dipermukaan lombong,” kata sumber.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk selanjutnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");