Jenayah

Zoo Pamer Belon Ganti Haiwan

GUANGXI: Pengunjung sebuah zoo di China mendakwa ditipu selepas pusat haiwan yang baru dibuka itu menjanjikan pameran haiwan eksotik.

Menurut laporan BBC, pihak zoo Guishan menggunakan beberapa belon penguin yang diletakkan di kolam kurungan penguin.

Zoo Guishan di Yulin sebelum ini ‘menjanjikan’ pameran haiwan yang jarang ditemui dan hidupan liar lain.

Selain dari belon penguin, haiwan sebenar lain yang ada hanyalah beberapa ayam kampung, seekor angsa dan seekor kura-kura kecil.

Berita mengenai haiwan-haiwan dan belon yang dipamerkan di Zoo Guishan menjadi topik perbualan pelayar China di laman sosial Weibo dan Twitter.

Kata pelayar, pihak zoo seolah-olah ‘menghina IQ pengunjung’.

Pelayar lain mengatakan mereka ‘tidak berhenti ketawa walaupun dengan jelas ditipu’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");