Berita Hari Ini

5 Mac: Bermula Sidang Terakhir Parlimen

KUALA LUMPUR: Parlimen dijangka bersidang untuk kali terakhir selama 22 hari bermula 5 Mac ini sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) diadakan.

Memetik laporan BH Online, mesyuarat pertama bagi penggal keenam Parlimen Ke-13 akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V jam 10 pagi pada hari pertama persidangan bermula.

Difahamkan selepas berakhir sidang Parlimen pada 5 April, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka memohon perkenan Sultan Muhammad V untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-14.

Parlimen akan terbubar secara automatik pada 24 Jun dan PRU-14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran itu.

Sementara itu Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah ketika dihubungi berkata notis pemberitahuan itu sudah diedarkan kepada 222 Ahli Parlimen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");