Berita Hari Ini

Agoda Tawar Lebih Dua Juta Hartanah Di Seluruh Dunia

PENYENARAIAN penginapan Agoda, iaitu platform tempahan perjalanan dalam talian, telah meningkat dua kali ganda tahun lepas dan kini ia menawarkan lebih dua juta hartanah di seluruh dunia.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Global Bagi Jenama dan Komunikasi, Andrew Edwards berkata, satu perkara yang menonjol adalah kaliber hatanah baharu dan berpatutan, sangatlah tinggi.

“Pengembara mahukan sesuatu yang lebih tetapi dengan harga yang kurang dan generasi muda yang kurang berkemampuan menjadi sebahagian besar pelanggan pasaran perjalanan.

“Industri memanfaatkan permintaan terhadap penginapan berharga berpatutan yang tidak mengetepikan suasana dan kualiti.

“Terdapat beberapa pembukaan hotel yang luar biasa dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Daripada pusat peranginan mewah ke motel yang unik, pembukaan hotel terbaru mempunyai sesuatu untuk semua orang pada 2018, ” katanya.

Trurut disenaraikan ialah hotel lima bintang The Ritz-Carlton yang dibuka pada September tahun lepas di Langkawi dan terletak di dalam hutan hujan di pantai terpencil.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");