Perak Hari Ini

Aman Palestin Perak Terima RM1 Juta Pada 2017

IPOH: Aman Palestin Perak telah berjaya mengutip dana sumbangan bagi tabung bencana dan kemanusiaan berjumlah RM1 Juta.

Pengerusi Aman Palestin Perak, Shahruzzaman Bistamam berkata, ia merupakan hasil kutipan sumbangan menerusi program-program yang dianjurkan badan bukan kerajaan itu (NGO), serta menerusi kaedah caruman oleh orang ramai.

Katanya, ia juga berjaya membuktikan bahawa kesedaran masyarakat, khususnya di Perak, berkenaan isu-isu kemanusiaan bagi umat Islam di luar negera yang ditindas, semakin meningkat.

 

Selain itu, pada hari ini, menerusi satu majlis di Masjid Negeri, Masjid Sultan Idris Shah II, dekat sini, Aman Palestin Perak turut menerima cek sumbangan berjumlah RM105,000.

Ia merupakan hasil kutipan dana sumbangan daripada 600 buah masjid seluruh negeri pada 15 Disember tahun lalu.

Sementara itu, Imam Besar Masjid Negeri, Abd Farid Salleh berkata ia merupakan hasil daripada usahasama antara Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dengan Masjid Negeri bagi mendapatkan sumbangan orang ramai terhadap isu pembebasan kota Baitulmuqqadis, yang mahu dijadikan sebagai ibu negara Israel.

“Inisatif yang diberi nama ’Tabung Bencana Dan Kemanusiaan’ ini telah kita usahakan sejak 2 tahun lalu.

“Tabung ini pernah kita sumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dahulu.

“Kita juga pernah salurkan dana awam ini kepada pembinaan pusat pendidikan untuk anak-anak Syria di sempadan Syria-Turki, dan juga buat masyarakat Rohingya yang tertindas di Myanmar.

“Dan pada 15 Disember lalu, kita lancarkan kempen kesedaran tentang isu Palestin dan kita berjaya membuat kutipan dana awam yang menggalakkan pada Jumaat berkenaan,” jelasnya.

Katanya lagi, sidang media ini dilakukan bertujuan penghebahan kepada umum berkenaan dana yang disumbangkan mereka telah selamat disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Pada perkembangan sama, dalam meneruskan usaha menyedarkan masyarakat terhadap isu penindasan rakyat Palestin ini, Aman Palestin akan menganjurkan jerayawara ke kawasan utara Semananjung Malaysia, pada 12 sehingga 19 Februari nanti.

Shahruzzaman berkata Khatib Masjid Aqsa, juga mantan mufti Palestin, Syeikh Dr. Ikrimah Sobri, bakal turut hadir ke program berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");