Perak Hari Ini

Anggota Polis Terlibat Jenayah: Orang Awam Gesa Tindakan Tegas

IPOH: Rakyat di Malaysia mengharapkan Polis untuk mengekang dan membanteras kegiatan jenayah. Namun bagaimana jika anggota Polis sendiri yang terlibat dengan kegiatan jenayah?

Sebelum ini, sering kita dengar kegiatan jenayah yang melibatkan anggota Polis. Perkara itu sudah tentu menimbulkan rasa kebimbangan dikalangan rakyat.

Dengan siapa kami perlu percaya? Kepada siapa perlu kami harapkan untuk menjaga keamanan?

Peraktoday hari ini, turun padang dan mendengar sendiri keluh kesah masyarakat yang cukup bimbang dengan perkara ini. Malah, rata-rata orang ramai yang ditemui berpendapat agar tindakan lebih tegas dapat dikenakan keatas pelaku jenayah sekiranya dia seorang anggota Polis.

 

Mohd Faris Abd Rahman, 22, berpendapat mana-mana anggota penguatkuasa undang-undang yang terlibat dengan jenayah ini harus dikenakan tindakan lebih tegas berbanding apa yang diperuntukan kepada orang awam.

“Mereka ini penjawat awam yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara dan memperkasakan undang-undang.

“Adalah amat wajar jika sistem perundangan kita disemak semula di mana hukuman buat mereka yang didapati bersalah dalam melanggar undang-undang ini lebih berat berbanding rakyat biasa.

“Ini dapat mengingatkan mereka kepada ketegasan etika sebagai anggota dan juga dapat memelihara nama baik jabatan seperti polis dan sebagainya,” katanya.

Siti Solehah Mohamad Yusuf, 26 pula berpendapat supaya mana-mana anggota yang terlibat dengan jenayah berat seperti ini harus dilucutkan jawatan kerana bimbang nilai integriti polis akan terus dipersoal segelintir masyarakat.

Turut senada, Nik Shazuan Nik Haroon, 24 yang ditemui juga berkata, pemantauan berkala dengan lebih kerap dikalangan anggota polis juga perlu dilaksanakan.

“Bagi pandangan saya, pegawai-pegawai atasan mahupun mana-mana jawatan yang bertanggungjawab harus melakukan pemantauan kepada setiap anggota mereka dengan lebih kerap lagi.

“Jika ada mana-mana daripada mereka didapati mula berkelakukan aneh ataupun kearah melakukan jenayah, tindakan pantas harus diambil,” katanya, kepada Perak Today, hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Azmi, 24 pula berpandangan supaya prosedur pemilihan anggota polis baharu ini perlu dilakukan dengan lebih ketat lagi.

“Dalam proses pemilihan untuk diserap menjadi anggota baru, mereka ini perlu ditapis dengan lebih ketat.

“Pastikan mereka ini tidak ada sebarang rekod ataupun kesalahan lampau yang pernah dilakukan,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");