Berita Hari Ini

MH370: Seabed Constructor Tinggalkan Afrika Selatan, Sambung Misi Pencarian

DURBAN: Pencarian pesawat MH370 akan disambung apabila kapal Seabed Constructor belayar dari Durban menuju ke kawasan pencarian, 1,800 kilometer di barat Perth.

Laman sesawang Vessel Finder menyatakan Seabed Constructor yang telah dipajak oleh syarikat Amerika Syarikat (AS), Ocean Infinity, berlepas dari pesisir pantai Afrika itu pada pagi Rabu dengan jangkaan tiba di destinasi yang disenaraikan sebagai ‘Perth’ pada 7 Februari.

Syarikat itu dan kerajaan Malaysia tidak mengumumkan perjanjian mukmatad ‘tidak jumpa, tiada yuran pencarian’ tetapi difahamkan ia akan dimuktamadkan.

Menurut laporan MalaysiaGazette, kapal tersebut menuju ke kawasan dikenalpasti Biro Keselamatan Pengangkutan Australia yang berkemungkinan besar lokasi bangkai pesawat MH370.

Kawasan itu terletak di utara kawaan pencarian yang berkeluasan 120,000 kilometer persegi.

Ocean Infinity merintis satu sistem yang membolehkan kenderaan dasar laut beroperasi pada kedalaman sehingga 6,000 meter untuk mengutip data beresolusi tinggi.

Laman sesawang syarikat itu berkata, ia menggunakan enam kenderaan dasar laut tetapi sumber memberitahu AirlineRating.com bahawa pencarian pesawat MH370 mungkin menggunakan lapan kenderaan dasar laut.

“Dengan beberapa kenderaan bergerak serentak dengan menggunakan teknologi inovatif, kami mampu meninjau jaluran kawasan dasar laut yang luas dengan pantas dan tepat,” kata laman sesawang syarikat itu.

Artikel terbitan The Economist menyatakan syarikat AS itu berminat untuk mengambil kesempatan dar?ipada cuaca musim panas ini dan dijangka melakukan pencarian di kawasan seluas 1,200 kilometer persegi.

Model dan analisis hanyutan imej satelit meningkatkan keyakinan dalam kalangan pakar-pakar Australia bahawa bangkai pesawat Boeing, B777 yang hilang pada Mac 2014 berada di bahagian tengah selatan yang berkeluasan 25,000 kilometer persegi.

Para saintis mengenalpasti lokasi pada latitut 35.6 darjah selatan dan longitud 92.8 darjah timur, sebagai lokasi pesawat yang hilang itu.

Bagaimanapun, jika bangkai pesawat itu tidak dijumpai dalam kawasan 25,000 kilometer persegi, kapal itu akan menghala ke utara ke arah 30 darjah selatan yang dicadangkan oleh para pakar bebas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");