Sukan Hari Ini

Apa Permintaan David Beckham Kepada Mourinho?

DAVID Beckham telah membuat satu permintaan kepada Jose Mourinho berhubung perpindahan pemain.

Mourinho baru-baru ini mendedahkan bahawa dia tidak akan menghalang jika Ibrahimovic mahu meninggalkan Old Trafford.

Penyerang berpengalaman itu yang telah dikaitkan dengan LA Galaxy, berusaha untuk cergas sepenuhnya selepas mengalami kecederaan lutut, tahun lalu.

Walaupun kembali beraksi pada bulan Disember, Ibrahimovic kini diketepikan semula berikutan ketiadaannya dalam jangka masa yang panjang tahun lepas.

Tetapi legenda United, Beckham masih melihat masa depan ikon dari Sweden itu di Old Trafford.

Beckham ketika melancarkan pasukan Major League Soccer (MLS) di Miami mengakui dia dapat melihat Ibrahimovic bermain di liga itu suatu hari nanti.

Bagaimanapun, dia mahu Mourinho mengekalkan pemain berusia 36 tahun itu di United sebagai pilihan yang berguna buat masa ini.

“Apabila anda bercakap tentang Zlatan, ya, sangat bagus untuk bercakap seperti itu dan dia sangat dialu-alukan di liga ini oleh peminat, oleh pemain.

“Tidak kira apa kecederaan yang dia alami sepanjang kerjayanya, dia sangat bagus.

“Tidak kira bagaimana anda bercakap mengenainya, dia salah seorang pemain terbaik.

“Jika suatu masa dia datang ke liga ini, maka ia akan menjadi hebat.

“Tetapi pada masa ini dia adalah pemain Manchester United dan saya gembira dengan itu dan saya mahu dia kekal di sana.

“Namun pada satu ketika dia mungkin akan datang ke sini.”

Kontrak Ibrahimovic di United berakhir pada akhir musim dan tidak mungkin dilanjutkan, terutama selepas United menandatangani Alexis Sanchez dari Arsenal dengan tawaran £500,000 seminggu. -dailystar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");