Isu Panas

Azmin Cuba ‘Lari’ Dari Gombak?

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dilihat cuba ‘lari’ dari Parlimen Gombak apabila menawarkan kawasan itu untuk ditandingi Tun Dr Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata tawaran itu tidak lebih daripada alasan Mohamed Azmin yang mungkin berasakan dirinya tidak lagi memiliki kekuatan untuk mempertahankan kawasan yang dimenanginya sejak 2008.

“Kalau nak lari begitu saja orang akan persoalkan, jadi beliau mencari sebab munasabah untuk berbuat demikian dan ke tempat lain. Orang (di tempat baharu) tidak kenal dengan khidmat dan cara kerjanya.

“Dia macam bomoh. Dia hanya laku di luar dan tak laku di tempat dia sebab orang keliling faham benar dengan perangainya,” katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Azmin dalam mesej akaun Twitter miliknya, @AzminAli malam tadi, menyatakan kesediaan memberi laluan kepada Dr Mahathir bertanding di Gombak jika dipersetujui partinya.

Muhammad berkata, cadangan Azmin itu disifatkan dangkal kerana Dr Mahathir sebenarnya tidak perlu mendapatkan nasihat beliau untuk memilih kawasan ditandingi.

“Beliau (Dr Mahathir) punya kawasan sendiri untuk bertanding sama ada di Langkawi atau Kubang Pasu, Parlimen dia dulu. Jadi isu nak suruh Dr Mahathir bertanding di Gombak tidak memberi sebarang implikasi pun,” katanya.

Ditanya sama ada bekas Perdana Menteri itu mampu meraih lebih banyak undi memandangkan Gombak adalah kawasan majoriti Melayu dan kubu kuat UMNO selama beberapa dekad, Muhammad berkata, rakyat kini semakin bijak berfikir berbanding ketika pemerintahan Dr Mahathir.

“Orang perhatikan personaliti bagaimana dia memimpin satu masa dulu dengan pelbagai krisis berlaku dan dihadapi.

“Bagaimanapun, pada masa itu tidak ada media sosial, jadi benda seperti itu tertutup rapi dan tiada ada siapa yang sebarkan, maka selamatlah jadi Perdana Menteri selama 22 tahun,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");