Sukan Hari Ini

Badminton: Dua Wakil Negara Tempah Tiket Ke Final

PEMAIN-PEMAIN negara cemerlang di Bangkok dengan kemaraan dua wakil ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Masters Thailand, esok.

Perseorangan negara, Leong Jun Hao, dan juga beregu campuran yang kembali digandingkan semula, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, terlebih dahulu memastikan kelayakan dalam aksi di Stadium Nimibutr, sebentar tadi.

Jun Hao memulakan kempen tahun ini dengan langkah kanan apabila menempah tempat ke final setelah bertarung lebih sejam menentang pemain tuan rumah, Kanthaphon Wancharon.

Dia memulakan aksi dengan cemerlang dan saingan sengit ditampilkan kedua-dua pemain sebaik pertarungan bermula.

Mata demi mata diraih kedua-dua pemain sehingga menyaksikan perlawanan diheret ke dius. Namun, kelebihan 22-20 milik Kantaphon dalam set pertama sama sekali tidak mengganggu tumpuan Jun Hao yang bangkit dalam set kedua.

Bintang remaja Malaysia itu berhempas pulas mencatat kemenangan untuk menghidupkan peluangnya sebelum menang 21-19.

Set penentuan menyaksikan kedua-dua pemain tidak henti-henti memburu kemenangan dan akhirnya kelebihan tipis 21-18 menjadi milik Jun Hao.

Sementara itu, Peng Soon-Liu Ying juga berdepan tuan rumah,Nipitphon Puangpuapech dan Jongkolphan Kititharakul.

Walaupun telah lama tidak bergandingan, keserasian Peng Soon dan Liu Ying masih terserlah dan mereka denga mudah mendominasi permainan.

Pasangan beregu campuran negara itu hanya mengambil masa 32 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-15, 21-11.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");