Perak Hari Ini

BN Perak Kena Berharap Pada Pas?

PADA PRU12, Pakatan Rakyat (PR) menggabungkan  DAP, PKR dan Pas berjaya menawan negeri tersebut dan mewujudkan sebuah kerajaan.

Kerajaan PR tidak kekal lama di Perak apabila tiga mereka dari PKR dan DAP bertindak keluar  parti  mengisytiharkan diri sebagai Bebas pada 2009.

PR kehilangan majoriti di Perak dan BN mengambil alih negeri itu. Pada PRU13 BN menang dengan kelebihan tiga kerusi iaitu 31 kerusi negeri berbanding 28 dimiliki PR.

Meskipun wujud pelbagai dakwaan dan penolakan daripada pembangkang mengenai keputusan PRU, Perak kekal milik BN walaupun gagal mendapat majoriti dua pertiga di negeri itu.

Dengan 59 kerusi bakal dipertaruhkan dalam PRU14, situasi kali ini berbeza apabila Pas selaku pembangkang keluar  PR dan tidak bersama dalam Pakatan Harapan (Harapan). Sudah pasti berlaku pertembungan tiga penjuru.

Ramai pemerhati menjangkakan berlaku pertembungan sengit antara parti bertanding di Perak pada PRU14.

Jika diteliti mengenai prestasi Pas di Perak, rekod mereka kurang baik kerana hanya memenangi enam kerusi pada PRU12 dan lima kerusi pada PRU13.

Mereka juga hanya menang di kawasan yang mana pemilih Melayu sebanyak 60 hingga 90 peratus seperti Titi Serong, Changkat Jering, Selinsing, Sungai Rapat dan Gunung Semanggol.

Ada juga, pemerhati politik berpandangan, situasi politik dan gelombang Pas pada hari ini bakal menyebabkan beberapa kerusi milik DAP dan PKR juga akan di rampas oleh BN.

Ini berdasarkan pelbagai faktor termasuk pemindahan pengundi, prestasi wakil rakyat sedia ada bakal memberi laluan kepada MCA dan Gerakan merampas beberapa kerusi apabila persempadanan semula diluluskan.

Jika parti dari Harapan, Pas dan BN bertanding di kerusi tersebut, sudah pasti pertembungan tiga penjuru akan berlangsung serta memberi kelebihan kepada parti yang memerintah negeri itu.

Wujud juga pandangan bahawa pertembungan tiga penjuru di kawasan majoriti pemilih Melayu akan merugikan Pas dan Umno dalam soal kekuatan politik orang Melayu di Perak. Pertembungan ini juga bakal memberi kelebihan kepada parti Melayu dalam Harapan seperti Bersatu dan Amanah.

Ada pandangan mengatakan, kerjasama Umno dan Pas di Perak sangat penting bagi kestabilan politik bukan sahaja Melayu dan Islam tetapi kepentingan untuk rakyat negeri itu.

Justeru, jika digabungkan kekuatan kedua-dua parti ini di Perak, sukar untuk Harapan menang di Perak.

Satu perkara yang perlu diketahui adalah Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR, Bersatu dan Amanah juga mempunyai kelebihan tersendiri. Sebagai sebuah negeri yang boleh dianggap unik dari sudut demografi penduduk, DAP antara parti yang mendapat tempat di hati majoriti bukan Melayu.

Hanya beberapa peratus undi daripada pengundi Melayu pembangkang dan BN, sudah pasti Harapan mampu membentuk sebuah kerajaan negeri.

BN sukar gugat kerusi DAP

Pada PRU13 BN berjaya mengekalkan kuasa mereka di Perak dengan 31 kerusi Dun berbanding 28 milik PR dan daripada jumlah tersebut kesemua kerusi ini dimenangi di kawasan majoriti pemilih Melayu lebih daripada 60 peratus kecuali di Chenderiang milik MCA.

Lapan kerusi yang mempunyai 70 peratus dan 90 peratus pemilih Cina dimenangi DAP dengan majoriti besar pada PRU13 seperti Pokok Asam, Menglembu, Bercham dan Pasir Pinji sukar digugat MCA.

MCA dan parti-parti komponen BN yang lain tidak berupaya memenangi sebarang kerusi yang lebih 30 peratus pemilihnya adalah Cina.

Skrip sama juga akan berlaku pada PRU14 di mana pengundi Cina akan terus mengundi DAP dan menolak BN. Perubahan undi buat BN mungkin berlaku tetapi dalam jumlah kecil dan mustahil berlaku dalam skala yang besar.

Dalam situasi ini, BN perlu memikirkan tentang perubahan undi yang boleh dilakukan mereka bagi kawasan majoriti pemilih ada Melayu dan India. Mereka perlu memenangi hati pengundi-pengundi di kawasan seperti ini untuk sekurang-kurangnya mencuri beberapa kerusi dari pembangkang.

Dengan PRU yang bakal berlangsung tidak lama lagi, BN perlu menjaga sebaik mungkin kerusi yang telah dimenangi daripada jatuh kepada Harapan dan perlu meneliti bentuk kerjasama yang boleh dilakukan dengan Pas bagi memastikan mereka terus menjadi kerajaan di negeri itu.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");