Perak Hari Ini

“The Bos Will Return”, Pelancaran Jersi Perak 2018 Meriah!

IPOH:Majlis Pelancaran Jersi Musim 2018 Pasukan Perak The Bos Gaurus berlangsung meriah dengan menyaksikan sekitar 5,000 peyokong setia pasukan itu hadir memberi sokongan hari ini.

Bertempat di Bulatan Amanjaya Ipoh di sini hari ini majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut hadir sama Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

PAFA secara rasmi hari ini memperkenalkan jersi baharu yang akan diguna skuad The Boss Gaurus (TBG) dalam mengharungi saingan musim 2018 selain memperkenalkan barisan pemainnya termasuk pemain import.

Jersi dengan elemen warna kuning dan hitam tetap menjadi identiti pasukan The Bos Gaurus.

Terdahulu pihak PAFA turut memperkenalkan barisan skuad pasukan futsal lelaki, wanita,Skuad Belia Perak dan Skuad Piala Presiden Perak serta barisan penaja utama iaitu Lembaga Air Perak (LAP), aL-ikhsaN,Quest International University Perak dan West Coast Expressway.

Zambry semasa menyampaikan ucapan berkata, pasukan The Bos Gaurus akan kembali mempamerkan aksi yang mantap dengan semangat ditunjukkan oleh para pemain juga penyokong setia Perak.

“Kita perlu membuktikan bahawa “The Bos Gaurus will return”, saya yakin dengan semangat yang ditunjukkan para pemain, peminat setia bola sepak negeri Perak dan saya yakin dengan kebolehan pemain-pemain kita, saya yakin dengan kemampuan jurulatih kita,” katanya yang cukup bersemangat hari ini.

Katanya keyakinan itu pastinya akan mengembalikan semula kegemilangan pasukan Perak seperti pada tahun 2002 dan 2003 agar kita kembali menjuarai satu piala, tetapi jika semangat kita ada kekuatan kita ada bukan hanya satu piala akan dibawa pulang tetapi kedua-dua piala akan dibawa pulang,” katanya.

Katanya, segala-segala bermula dengan satu semangat dan kesungguhan selain semangat tidak berputus-asa.

“Dimana ada kemahuan di situ ada jalan, marilah kita terus memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan kita The Boss Gaurus, semangat kena ada, kita never give up, keep it up seperti kata abang Rani Kulop orang Perak itu semangat kuat,” katanya dalam nada gurauan yang menerima sorakan kuat daripada para peminat bola sepak Perak.

Jelasnya sekiranya berhadapan dengan sedikit masalah para penyokong perlu terus memberikan sokongan bagi menyerang terus sehingga mencapai kejayaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");