Perak Hari Ini

Cari Punca ‘Sampah’ Di Flat First Garden Buntong Yang Mendukacitakan- MB Perak

IPOH:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan timbunan sampah-sarap dan keadaan Flat First Garden Buntong di sini yang terbiar serta kotor amat mendukacitakan .

Bagaimanapun katanya, beliau enggan menunding jari menyalahkan mana-mana pihak dan kehadirannya hari ini meninjau sendiri dan membantu bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan persendirian tersebut adalah untuk mengenalpasti punca kepada keadaan tersebut berlaku.

“Ini adalah lawatan saya bagi melihat keadaan perlu melihat keadaan perumahan ini malah saya juga telah menerima maklumbalas daripada pihak pemberita serta orang ramai.Sememangnya mengejutkan keadaan flat persedirian ini kerana sebahagian besar kosong dan begitu terbiar malah mendukacita apabila terdapat longgokan sampah yang begitu banyak langsung tiada rasa simpati dan prihatin dengan keadaan sekitarnya,” katanya kepada media hari ini.

Malah jelasnya rumah pangsa yang mempunyai 280 unit ini dihuni oleh 127 penghuni seolah menjadi satu tempat timbunan sampah.

“Kita tidak boleh sekadar timbunan sampah kerana ada pelbagai faktor yang melingkunginya iaitu keadaan sosial, keselamatan kejiranan tanggungjawab antara penghuni, serta masalah lain yang perlu dilihat,” katanya.

Berikutan itu, katanya cadangan awal adalah Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi perumahan ini dengan kadar segera supaya 127 penguhi tersebut dapat bertanggungjawab dan bekerjasama serta tidak lagi tinggal dalam ‘dunianya sahaja’.

“Lokasi ini telah menjadi satu tempat pembuangan sampah timbunan sampah,dari atas flat hingga kebawah malah ada di salah satu blok pada aras tingkat satu telah dijadikan pusat timbunan sampah dan ia sangat mendukacitakan,” katanya.

Tambahnya lagi, kerja pembersihan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) juga akan mengambil tempoh masa lebih daripada satu hari.

“Semua pihak tidak boleh menunding kepada satu pihak sahaja kerana semua pihak perlu memainkan peranan termasuk wakil rakyat, kita jangan hanya bermain politik dan kehadiran saya bukan sekadar hanya untuk mendapatkan maklumat serta liputan pihak media tetapi kita semua berusaha untuk mengatasi masalah ini.

“Saya dimaklumkan ia merupakan kawasan persendirian namun kesannya kepada semua masyarakat sekeliling malah saya dapati terdapat masalah keselamatan, kes kecurian dan sebagainya yang kerap berlaku di sini.

“Jadi pendekatan perlu melihat keseluruhan aspek dan saya tak mahu buat tuduhan kepada mana-mana pihak masalah bukan masalah ‘sampah’ semata tetapi ada pelbagai faktor ‘sampah’ lain perlu selesaikan,” katanya.

Jelasnya lagi pihaknya akan memanggil pelbagai agensi terlibat termasuk pihak Polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan MBI bagi berbincang jalan penyelesaian terbaik mengatasi masalah yang berlaku di flat tersebut.

Zambry terdahulu turut serta membersihkan sampah sempena program Gotong-Royong membersihkan Flat First Garden Buntong hari ini yang turut disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");