Perak Hari Ini

Banjir: 6 Pusat Pemindahan Dibuka

IPOH:Sebanyak enam pusat pemindahan dibuka pemindahan sementara dibuka di dua daerah di Perak berikutan terjejas akibat banjir akibat daripada hujan berterusan sejak Khamis lalu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam satu kenyataan berkata ia melibatkan seramai 211 orang daripada 70 keluarga di daerah Larut, Matang dan Selama serta daerah Manjung.

Sementara itu, bagi Daerah Larut, Matang dan Selama melibatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 172 orang yang mana 78 daripadanya ditempatkan di Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Matang Gelugor.

Tiga puluh tiga mangsa lagi ditempatkan di DOR Kampung Jebong Simpang Halt, DOR Simpang Halt (32 orang) dan Surau Kampung Jawa Trong (29 orang).

Manakala bagi daerah Manjung, seramai 14 orang ditempatkan di DOR Kampung Paya Ara Beruas dan 25 orang di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kot

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");