Berita Hari Ini

Daftar Kelahiran Anak Untuk Elak Kesulitan: JPN

MELAKA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menggesa orang ramai terutamanya gelandangan agar mendaftarkan kelahiran anak mereka dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan di masa depan.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata sebagai ibu bapa perlu bersikap lebih bertanggungjawab dan tidak memandang enteng terhadap kepentingan mendaftar kelahiran anak mereka berikutan ia berkait rapat dengan pelbagai hal lain.

Katanya kerajaan cukup komited dalam menangani isu berkenaan apabila mengambil langkah melanjutkan tempoh pendaftaran kelahiran kepada dua bulan berbanding 14 hari sebelum ini di samping menyediakan pelbagai platform dan kaedah bagi tujuan itu.

“Kegagalan berbuat demikian boleh menimbulkan pelbagai masalah berbangkit ketika anak tersebut membesar termasuk kesukaran untuk mendaftar persekolahan anak,” katanya kepada pemberita di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohammad Razin mengadakan sesi perjumpaan dan beramah mesra bersama pegawai dan kakitangan JPN Melaka dalam program lawatan kerja yang berkonsepkan turun padang selama sehari itu. Turut hadir Pengarah JPN negeri Norazle Sulaiman.

Dalam pada itu, beliau berkata JPN memandang serius kegiatan memalsukan sijil kelahiran dan kad pengenalan dan bagi menangani masalah itu JPN menjalin kerjasama erat dengan agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");