Membawang Hari Ini

Datuk Shah Rukh Khan Takut Wanita?

DAVOS: “Saya sendiri takut kepada wanita. Saya takut kerana ramai wanita terlalu mencintai saya.”

Demikian seloroh Datuk Shah Rukh Khan yang disambut gelak tawa penonton dalam satu temubual eksklusif penerima Anugerah Tahunan Kristal ke-24 di Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Davos, Switzerland, baru-baru ini.

Datuk Shah Rukh Khan yang mengulas mengenai isu penindasan wanita menyifatkan sikap meletakkan manusia di dalam kelompok tertentu, seperti gender dan ras adalah ideologi lapuk.

Tegasnya, kebanyakkan definisi yang digunakan untuk menerangkan bagaimana wanita harus membawa diri selalunya datang dari kaum lelaki.

“Anda perlu jadi lemah lembut, perlakuan anda perlu lebih manis, anda perlu jadi lebih baik, jangan duduk dengan kaki yang terbuka. Kebanyakkan definisi ini ditekankan oleh gender yang lain.”

Tambahnya, dia mula mengubah persepsinya terhadap wanita setelah bertemu dengan ramai pelakon wanita hebat sepanjang kerjayanya dalam dunia perfileman.

“Mereka cantik, menawan, fizikalnya menarik dan bekerja lebih keras daripada saya dan sudah berada di set sejak jam 5 pagi, sebelum matahari terbit.”

“Saya telah menyaksikan dengan mata saya sendiri bagaimana wanita menjadi tulang belakang di dalam dunia filem yang dipelopori lelaki,” tambahnya memetik sumber agensi berita Astro Awani.

Tegasnya, wanita ini terus bekerja keras dan tidak menyerah kalah biarpun berdepan dengan ketidakadilan gender yang wujud di sekeliling mereka.

Anugerah Tahunan Kristal disampaikan di Forum Ekonomi Dunia sebagai penghargaan kepada karyawan yang menjadi inspirasi dan memperjuangkan isu kemanusiaan.

Antara karyawan lain yang menerima anugerah tersebut ialah pelakon terkenal dari Australia, Cate Blanchett serta penyanyi dan komposer dari UK, Elton John.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");