Isu Panas

Dulu Mahafiraun, Mahazalim, Tapi Sekarang Sokong Pula

SHAH ALAM – Pas menyindir Pakatan Harapan (Harapan) kerana tindakan memilih Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menterinya jika memenangi PRU14 yang akan datang.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, sebahagian besar ahli serta penyokong parti pembangkang ketika itu menggelarkan Tun Mahathir dengan pelbagai gelaran yang tidak baik, sebagai tanda protes terhadap tindakannya itu.

Namun setelah menyelar tindakan Tun Mahathir beberapa tahun lamanya, Harapan dilihat menjilat ludah sendiri apabila memilih Mahathir sebagai calon Perdana Menterinya.

“Dulu kata Mahazalim, Mahafiraun, reformasi, reformasi, undur Mahathir, undur Mahathir, tapi sekarang kawan itu ( Tun Mahathir) naik (jadi calon Perdana Menteri Harapan),” katanya ketika berucap pada Himpunan Fastaqim 2.4 di Kompleks Sukan Seksyen 17, pada Ahad memetik sumber laporan berita Sinar Harian.

Bagaimanapun menurutnya, pihaknya menghormati keputusan pakatan berkenaan untuk memilih Tun Mahathir menjadi calon Perdana Menterinya kerana Harapan merasakan meletakkan beliau sebagai calon dapat mencerahkan peluang mereka memenangi PRU14.

Dalam pada itu, Idris mengingatkan kepada sebuah parti pembangkang yang baru lahir supaya tidak perlu mengajar mereka untuk menjadi pembangkang, dengan Pas sudah berada di dalam arena politik Malaysia selama 67 tahun.

“Ada orang nak mengajar Pas untuk menjadi pembangkang padahal dia baru sehari, dua keluar daripada Umno. Nak lawan BN, belajar dari Pas.

“Ini baru nak belajar jadi pembangkang, nak ajar kita untuk menjadi pembangkang. Kita bertarung selama 67 tahun kerana atas prinsip dan dasar,” tegasnya.

Kata Idris, selama 13 kali pilihan raya umum berlangsung, sudah 12 kali Pas melawan BN dan hanya sekali tidak melawan BN pada Pilihan Raya Umum tahun 1974 kerana berada dalam kerajaan campuran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");