Membawang Hari Ini

Dylan O’Brien Dedah Punca ‘Maze Runner’ Lambat Tayang

PELAKON Dylan O’Brien mendedahkan kecederaan yang dialami semasa penggambaran filem Maze Runner: The Death Cure pada tahun 2016 menjadi punca karya arahan Wes Ball tertangguh selama setahun.

Menurut USA Today, kejadian tersebut membuatkan pelakon ini bersedih dan berasakan ia telah merosakkan perjalanan filem tersebut.

“Kecederaan itu telah ‘merosakkan’ filem ini untuk beberapa waktu. Ini bukan suatu hal yang menarik,” katanya.

Gara-gara kecederaan tersebut, proses penggambaran filem Maze Runner: The Death Cure terpaksa dihentikan sementara dan Dylan diminta beristirehat selama enam bulan.

Setelah benar-benar pulih, Dylan kembali menyambung tugas dengan meneruskan pembikinan sehingga selesai.

“Saya berbangga kerana mampu menyelesaikan sesuatu tugas. Ini adalah saat yang indah apabila kami selesai melakukannya dengan baik,” ujarnya.

Aksi Dylan O’Brien dalam Maze Runner: The Death Cure boleh disaksikan di pawagam bermula 25 Januari ini.

Selain Dylan, filem ini turut dibintangi oleh Thomas Sangster, Ki Hong Lee, Kaya Scodelario, dan Will Poulter.-Mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");