Jenayah

Polis Rampas Mercun RM50,000

IPOH: Polis menahan seorang lelaki berusia 54 tahun dan merampas pelbagai jenis mercun serta bunga api bernilai RM50,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Pasir Pinji di sini, malam tadi.

Serbuan pada jam 11 malam itu dilakukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby, berkata hasil pemeriksaan dalam premis itu, polis menemui 50 jenis mercun dan bunga api diletakkan di ruang tamu, dua bilik dan dapur rumah berkenaan.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai peniaga itu dipercayai baru saja memperoleh bekalan mercun dan bunga api berkenaan.

“Semua mercun dan bunga api yang dirampas itu dipercayai diperoleh daripada orang tengah sebelum dijual sempena Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

“Dalam serbuan itu, antara mercun dan bunga api dirampas termasuk jenis Happy Boom, Papan Bulat, Avion Nocturno, Glow of Sunset dan On Fireworks.

“Nilai rampasan mercun dan bunga api terbabit dianggarkan bernilai RM50,000,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata, suspek yang juga pemilik rumah berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui individu yang menjadi orang tengah dan membekalkan mercun serta bunga api kepada suspek.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");