Membawang Hari Ini

Fad Bocey Tidak Cemburukan Pelawak Baharu

PETALING JAYA: Anggota kumpulan Bocey iaitu Fad tidak melihat kemunculan bakat baharu dalam bidang komedi sebagai satu tamparan buat pelawak sedia ada sepertinya.

Fad atau Fadzlie Nizam, 27, sebaliknya melihat perkara itu sebagai amaran agar dia tidak terus selesa selain perlu meningkatkan usaha bagi memastikan dapat bersaing secara sihat dengan bakat-bakat baharu.

“Saya tidak melihat mereka sebagai saingan sebaliknya ia sebagai pemangkin semangat untuk tidak berasa selesa dengan apa yang saya ada sekarang.

“Kita sendiri kena sentiasa hasilkan perkara baru untuk bersaing dengan mereka kerana setiap daripada kami ada ruang masing-masing dalam industri ini,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Fad berkata, sebagai pelawak lebih senior dalam industri dia berharap pendatang baharu dapat memeriahkan lagi industri komedi yang semakin diterima masyarakat.

 

Padanya, tiada istilah untuk berasa cemburu atau berasa tergugat dengan kehadiran pelawak baharu kerana dia sendiri pernah berada ditempat tersebut.

“Saya sendiri dahulu berharap diterima baik oleh senior dalam bidang lawak dan Alhamdulillah banyak tunjuk ajar dan ilmu saya dapat daripada mereka.

“Jadi saya tidak melihat mengapa kehadiran pelawak baru ini saya perlu rasa tergugat kerana paling penting kita sama-sama bekerja keras untuk naikkan potensi diri dan industri itu secara keseluruhannya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fad berkata, dia teruja bertindak sebagai hos program Gegar Lawak bergandingan dengan aktor Kamal Adli.

Kata Fad, bidang pengacaraan memang menjadi minatnya dan tanggungjawab diberikan akan digalas dengan baik.

Gegar Lawak bersiaran sejak 19 Januari lalu, pada setiap hari Jumaat, 10 malam di Astro Warna dan Warna HD.-Mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");